Lelaki terima 7 jahitan digigit buaya

0
2

SEORANG lelaki bernasib baik apabila cuma luka di kaki dalam kejadian serangan buaya di Sungai Arang di Kampung Batu Putih di Sandakan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Suhaimi Ahmad, 20, dikatakan ke sungai itu bersama bapanya untuk memukat ikan dengan menaiki perahu berasingan.

Mangsa dipercayai diserang buaya yang berukuran kira-kira 4.5 meter ketika berada dalam perahu.

Pegawai Hidupan Liar Sandakan, Hussien Muin, berkata mangsa mengalami kecederaan di kaki kiri dan menerima rawatan di sebuah klinik swasta di Batu 8.

“Anggota kita sudah meninjau lokasi kejadian untuk tindakan lanjut dan melawat mangsa di rumahnya.

“Kita harap penduduk kampung tidak menjalankan sebarang aktiviti menangkap ikan di kawasan itu,” katanya hari ini.- Malaysiapost