Selamat jalan Sathia

0
1
SHAH ALAM 28 JANUARI 2019. Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Selangor, B. Sathianathan ketika mengendalikan latihan pasukannya persiapan menjelang Liga Super 2019 di Padang SUK. STR/OWEE AH CHUN.

SELEPAS diaibkan Johor Darul Ta’zim (JDT), skuad Selangor hari ini memecat pengendalinya, B Sathianathan.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) membuat keputusan drastik itu dipercayai susulan kekalahan memalukan 1-6 kepada skuad Harimau Selatan, Sabtu lalu.

Santhianathan berkata, beliau tidak lagi mengendalikan skuad itu untuk baki perlawanan musim ini.

“Ya, saya bukan meletak jawatan tetapi saya dipecat.

“Keputusan dibuat selepas pertemuan dengan pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), pagi tadi,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Sementara itu, FAS dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu petang ini. – Malaysiapost