293 ditahan ingkar PKP

0
1

SERAMAI 293 individu ditahan atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu, 269 individu dikompaun manakala 24 lagi direman.

Katanya, antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub dan kelab malam melibatkan 124 individu, penjarakan fizikal (85), tidak memakai pelitup muka (24) serta premis beroperasi lebih masa (10).

‘Selain itu, gagal menyediakan peralatan dan rekod butiran diri (31), pendatang asing tanpa izin (9), premis beroperasi tanpa kebenaran (6), keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPD (2), dan gagal

lunaskan caj kuarantin (2),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai Operasi Benteng, Ismail Sabri berkata pihak berkuasa menahan 75 pendatang tanpa isi izin (PATI) yang masuk ke negara ini melalui lorong tikus.

“Selain PATI, pihak berkuasa menangkap lima penyeludup dan dua tekong serta merampas empat kenderaan darat,” katanya. – Malaysiapost