“No comment”, Syamsul enggan ulas isu rumah tangga

0
2

“MAAF, no comment, kerana itu hal peribadi. Itu sahaja saya boleh cakap”, kata pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof menjawab dakwaan rumah tangganya kini bergolak.

Status rumah tangga Syamsul, 36, dengan isteri yang juga seorang pelakon, Puteri Sarah, kini menjadi tanda tanya selepas timbul dakwaan wanita itu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, kelmarin.

Kosmo melaporkan, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 35, dikatakan hadir dengan ditemani seorang wanita yang didakwa ibu mentuanya.

Difahamkan, kehadiran Puteri Sarah yang berjubah dan bertudung hitam pada ketika itu menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di situ apabila dia masuk ke Bahagian Undang-Undang Keluarga.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan kehadiran pelakon itu ke pejabat agama berkenaan.

Menerusi tinjauan di Instagram juga mendapati, ibu kepada dua cahaya mata itu sudah tidak mengikuti akaun Instagram suaminya.

Dalam pada itu, Syamsul kali terakhir memuat naik gambar bersama isteri dan anak pada Mei lalu, sementelah gambar bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah berusia satu tahun. – Malaysiapost