Nilam Oshman
PENGACARA dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya, 39, menganggap kemalangan dialami beliau kelmarin sebagai suatu hikmah dan memohon doa dari semua agar dirinya cepat sembuh.
Menerusi laman Facebooknya hari ini, beliau berkata, apa yang berlaku adalah ujian pada dan menganggap ada hikmah di sebaliknya.
“Salam Jumaat. Hari berkah. Ujian tanpa diduga. Kun faya kun… semoga menjadi kafarah dosa. Pasti ada hikmah,” katanya.
Ahmad Fedtri berkata, beliau bersyukur atas ujian yang diberikan Allah, dan hadirkan orang-orang yang baik di sekeliling serta memohon doa semua agar cepat sembuh.
“Syukur atas ujian ini. Betapa baiknya Allah dengan menghadirkan orang sekeliling yang cukup-cukup baik. Nikmat yang cukup besar.
“Doakan kesembuhan untuk semua,” katanya.
Ahmad Fedtri menerima beberapa jahitan di muka selepas terjatuh dari basikal di kawasan tempat letak kereta Sri Pentas, Bandar Utama, jam 10.30 pagi semalam.
Ketika kejadian, dia baru membuat liputan program Kayuhan Hari Malaysia untuk Malaysia Hari Ini (MHI), menyebabkannya cedera di bibir, kening, dagu dan rahang.
Dia kini dirawat di pusat perubatan di Petaling Jaya. – Malaysiapost.

