Piya, Apek dah boleh senyum

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

BEKAS pemain dan jurulatih Kelantan yang berdepan tunggakan gaji pada 2017 hingga 2019 kini mampu mengukir senyum apabila pengurusan baharu Kelantan FC melunaskannya, semalam.

Menerusi kenyataan The Red Warriors (TRW) Sdn Bhd, masalah tunggakan gaji barisan pemain dan pegawai Liga Premier yang tertunggak enam bulan sebelum ini turut dilunaskan.

“Sebagai badan pengurusan baru untuk Kelantan FC berkuatkuasa pada 3 September 2020, TRW komited untuk memastikan kebajikan pemain dan pegawai kami untuk membina semangat dan persembahan berpasukan yang tinggi.

“TRW ingin mengumumkan kami telah menyelesaikan semua gaji tertunggak untuk bekas pemain dan pegawai Kelantan FC mulai 2017, 2018 dan 2019 pada 17 September 2020.

“Selain itu, kami juga berjaya menyelesaikan tunggakan enam bulan terakhir gaji untuk gaji pemain dan pegawai Liga Premier pada hari ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyenaraikan bekas pemain dan pegawai yang telah menerima bayaran gaji tertunggak.

Mereka adalah Khairul Fahmi Che Mat, Brendan Gan, Sathit Bensoh, Flavio Beck Junior, Bruno Lopez, Alaeddine Bouslimi, Alessandro Padovani Celin, Limam Seydi.

Mohd Hisham Jainuddin, Mohd Hashim Mustapha, Faris Shah Rosli, Mohd Nor Farhan Mohamad, Yusri Che Lah, Mohd Badhri Mohd Radzi dan Amiridzwan Taj Tajudin. – Malaysiapost