PENUNTUT Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin berbesar hati kerana dijemput makan malam bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
Veveonah terkenal selepas videonya tular menunjukkannya memanjat pokok untuk mendapatkan capaian Internet bagi menjawab peperiksaan online.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Veveonah berkata, dia menganggap ia satu penghargaan daripada Muhyiddin kerana menjemputnya dan keluarga untuk bertemu bersama-sama.
Beliau turut menyifatkan Muhyiddin sebagai seorang yang sangat rendah diri dan mengagumkan.
Baru-baru ini juga, menjadi satu isu dari jawapan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengatakan Veveonah hanya mencari publisiti telah mencetuskan kemarahan ramai pihak. – Malaysiapost

