Ustaz Don: Mengurus kemarahan mencegah kemudaratan

0
2

Foto Kredit: Sinar Harian

ORANG pemarah tidak wujud. Yang ada hanyalah orang yang tidak tahu mengurus emosi.

Pernah kena marah dengan bos? Dengan mak ayah? Kena tengking? Apa perasaan kita? Tak suka bukan? Apa perkataan yang biasa kita akan luah? “Tak boleh cakap baik-baik ke?” Itu yang biasa kita akan kata kan?

Rasa kecewa, geram itu fitrah, normal. Tak ada masalah. Yang jadi masalah bila dilepaskan dalam keadaan tidak terkawal. 

Apa kesan dia? Perkara kecil boleh jadi besar. Boleh putus silaturrahim. Paling memalukan, sikap sebenar kita terserlah. Lebih buruk, gelagat kita dirakam dan disebarkan, Allahu.

Tuan, puan, mengurus perasaan bermula dari mengurus minda dan tubuh kita. Antaranya perkara yang boleh dicadangkan ialah : 

– Banyak berehat. Pujuk diri untuk berehat, bercuti kerana stress, tekanan adalah punca kegagalan kita mengawal emosi.  

-Jangan letak jangkaan (expectation) terlalu tinggi dalam banyak perkara. Kerana bila kita terlalu berharap yang segalanya akan seperti yang kita nak namun akhirnya bila tak berlaku, di situ kita akan kecewa. Maka bersederhana, bertenang, “chill”.

.

– Cari tempat meluah yang betul. Kita semua perlu ada seorang pendengar yang baik, yang dipercayai. Luahkanlah, kadang sesuatu perkara tak perlu diselesaikan segera namun lekas lega bila diluah pada telinga yang betul. 

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor atau pakar. Banyakkan berzikir, duduk dalam “circle” yang positif, baca al-Quran, solat taubat. 

Ingat, gagal mengurus emosi ini beri kesan besar pada kita kelak. Apakah kesannya:

-Kita tidak akan dihormati oleh banyak orang. Dapatlah gelaran, jawatan tinggi mana, tetap tak dapat penghormatan yang selayaknya. Jadi bos, bos yang orang tak suka. Jadi mak ayah, mak ayah yang anak-anak hanya takut pada dia, bukan hormat. 

-Pemarah kita akan dilihat sebagai kebudak-budakan, tak menggambarkan seorang dewasa yang sepatutnya matang, rasional berfikir. 

Sentiasa memohon kepada Allah SWT supaya dilindungi dari sifat ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 200)

.

Allah SWT juga ada berfirman bermaksud: “Dan (ingatlah) Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 66)

.

Sabda Rasulullah SAW pula bermaksud: “Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergaduh, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)- Malaysiapost

Artikel ini dipetik daripada Facbook Ustaz Don Daniyal