KL Banjir – Apa Peranan Smart Tunnel?

0
2

Megat Hisemudin Megat Kassim

[SUDUT PANDANG] HARI ni, 10/9/2020 KL banjir besar disebabkan hujan turun dgn lebat selama 3-4 jam tanpa henti. 

Ada yang bertanya,  dah ada Smart Tunnel mengapa KL banjir lagi? 

Smart Tunnel tak mampu utk menampung air yang mengalir di permukaan tanah,  jalanraya maupun dari Sungai Klang kerana taburan hujan yg amat tinggi pada hari ini. 

Ini disebabkan air bukan saja dari Bandaraya Kuala Lumpur bahkan dari hulu Sungai Gombak yg bertemu dgn Sungai Klang di Masjid Jamek,  Kuala Lumpur. 

Smart Tunnel hanya dapat mengambil sebahagian daripada air ini sahaja melalui kolam tadahan Kampung Berembang,  dekat Ampang yang kemudiannya disalurkan ke Sungai Kerayong,  dekat Taman Desa atau Salak Selatan. 

Smart Tunnel sebenarnya adalah terowong terpanjang di Asia Tenggara dan yang kedua terpanjang di Asia.  Panjangnya ialah 9.7 km. 

Mula dibina di tahun 2003 dan mula beroperasi di tahun 2007.

Pembinaan Smart Tunnel mempunyai dua tujuan iaitu untuk keperluan trafik dan saluran air. 

Terdapat dua lapisan untuk trafik bagi kedua-dua arah dan lapisan ketiga di bawah sekali untuk mengalirkan air banjir. 

Smart Tunnel dioperasikan mengikut tiga mode :

Mode pertama :

Apabila waktu tiada hujan lebat ianya digunakan sebagai laluan traffik terutamanya bagi mengelakkan kesesasakan di Jalan Sungai Besi dan Jalan Loke Yew Flyover serta sekitar Jalan Tun Razak. 

Mode kedua :

Jika hujan lebat yang sederhana operasi Smart Tunnel untuk trafik masih diteruskan.  Manakala air limpahan di Bandaraya Kuala Lumpur disalurkan di saluran ketiga (bawah sekali) utk disalurkan ke kolam tadahan terlebih dahulu sebelum dialir ke Sungai Kerayong. 

Mode ketiga :

Apabila hujan lebat dengan membawa banjir besar,  Smart Tunnel ditutup kepada laluan trafik. Pintu air akan dibuka untuk air memasuki saluran trafik.  Bermakna ketiga-tiga lapisan terowong digunakan untuk mengalirkan air. 

Dalam kejadian hujan lebat petang tadi memang Smart Tunnel tidak mampu untuk menampung kesemua air yang mengalir di permukaan dan Sungai Klang. 

Mengikut laporan,  Smart Tunnel mula ditutup pada pukul 4 petang tadi. Ada yang mengatakan jikalau lebih awal Smart Tunnel ditutup mungkin banjir tak seteruk ini. 

Sebenarnya pengurusan Smart Tunnel pun dah ada S. O. P. tertentu untuk menentukan bila masa yang sesuai untuk membuka mode ke 3.

Walaupun hujan lebat dah bermula dari pukul 2 petang,  tetapi Smart Tunnel juga harus memainkan peranan hakiki iaitu sebagai penyurai trafik. 

Ketika itu jalan-jalan di KL sesak dgn kenderaan dan salah satu laluan utama utk menyuraikan trafik keluar dari bandaraya ialah dengan Smart Tunnel. Sebab itulah ia memerlukan masa sehingga pukul 4 petang barulah ditutup. 

Kita hanya mampu untuk merancang tetapi kuasa alam sukar untuk diatasi oleh manusia terutamanya apabila hutan digondol dan tanah diturapi dengan jalanraya serta bangunan konkrit. 

Maka “air pernukaan” tidak berupaya untuk menyerap ke dalam bumi. Tambahan pula kedalaman sungai semakin cetek disebabkan kelodak dan pasir dari hulu hanyut ke hilir atas nama pembangunan.