Caj 20 sen belum dibincang – Saifuddin

0
1

Fitri Nizam

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) belum membincangkan cadangan mengenakan caj 20 sen terhadap pembelian dalam talian.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata kementeriannya sudah pun mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara itu semalam.

“Saya difahamkan yang beliau (Zahidi) sebut dalam satu perbincangan dan itu disebut secara umum sahaja

“Semalam kementerian sudah beri kenyataan buat masa ini kita belum membincangkan perkara itu,” katanya selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada Komuniti Seni Prihatan Finas di Dewan PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, Selangor.

Menjawab desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak Zahidi meletak jawatan, Saifuddin berkata ia adalah pandangan peribadi bekas Menteri Kewangan itu.

Zahidi sebelum ini mencetuskan polemik apabila dilaporkan berkata, KKMM bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 melalui platform dalam talian seperti Shopee dan Lazada.

Katanya, caj perkhidmatan itu antara pendekatan mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat selain digunakan untuk penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi bagi mengelak pencerobohan siber. – Malaysiapost