Aliff Aziz akui belum jadi suami sempurna

0
2

PASANGAN kontroversi, Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat, semalam.

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Aliff membuat satu coretan sempena hari istimewa itu, dan menyatakan perasaan syukur atas ikatan perkahwinan mereka.

Menurut Aliff, dia bersyukur kerana memiliki isteri sebaik Bella dan mengakui selama ini masih belum berupaya menjadi suami yang sempurna.

“Hari ini menandakan ulang tahun ke-4 untuk kita sayang.

“Saling mengenali selama 7 tahun dan menempuh banyak rintangan bersama sejak itu.

“Saya belum menjadi suami yang sempurna tetapi Allah memberkati kami untuk terus kuat,” tulisnya

Tambahnya, dia berharap agar pendemik Covid-19 segera berakhir agar boleh berjumpa dengan keluarganya kembali.

“Dengan adanya anak-anak kami, Aydenadrean17 dan Araadreanna, saya berdoa wabak ini segera berakhir dan saya dapat bertemu mereka.

“Semoga tahun-tahun mendatang untuk kita lebih diberkati. InsyaAllah..I love you,” katanya lagi.

Penyanyi dan pelakon, Bella mengambil keputusan rujuk kembali dengan Aliff selepas pasangan ini bercerai pada 16 Mei 2019.

Mereka dikurniakan cahaya mata, Ayden Adrean, 3, dan Ara Adreanna yang baru berusia 2 bulan. – Malaysiapost