Produk bijiran Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss tidak halal

0
3

Fitri Nizam

TINDAKAN orang ramai yang menularkan status produk makanan bijiran berasaskan babi menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna Islam di negara ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, produk bijiran Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss keluaran syarikat Bee CHeng Hiang bukan pemegang sijil Halal keluaran pihaknya.

Malah, menurutnya, produk itu sama sekali tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia berdasarkan ramuan yang digunakan untuk membuat bijiran itu yang bersumberkan babi.

“Justeru, pengguna dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk makanan yang berada di pasaran sebelum membeli atau menggunakannya.

“Elakkan keraguan dengan mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

“Ini kerana ia dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang ditetapkan di negara ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, pengguna boleh layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my.

Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar, SmartHalal.-Malaysiapost