Sandra Dianne kemalangan

0
2

PENYANYI, Sandra Dianne tidak sedarkan diri selepas terbabit kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Putrajaya, petang semalam.

Wakil syarikat rakaman Sony Music, Vea Norman memberitahu, Sandra ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Putrajaya.

“Ya, Sandra terlibat dalam kemalangan dan kini masih di wad kecemasan. Belum ada apa-apa daripada doktor dan kita masih menantikannya.

“Buat masa ini saya belum dapat maklumat penuh macam mana kemalangan itu berlaku tapi pihak kami sedang uruskan untuk dapatkannya,” katanya seperti dilaporkan mStar.

Ketika kejadian, penyanyi berusia 26 tahun bersama sepupunya dalam perjalanan dari rumah menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk latihan penuh program Big Stage.

Pelantun lagu Hey Kau itu adalah salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020 yang akan membuat persembahan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam ini.

Peserta lain program tersebut antaranya Dinie Rashid, Yamani Abdillah, Hafiz Zainal, Qodi Rani, Nana Sheme, dan Fadh Majid. – Malaysiapost