PIHAK berkuasa Australia merampas aset dan wang tunai berjumlah A$1.6 juta (RM4.8 juta) daripada seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes rasuah skandal pembelian bangunan Mara.
Menurut laporan Sydney Herald, lelaki itu didakwa merasuah pegawai Malaysia untuk pembelian sebuah kompleks pangsapuri bernilai jutaan dolar di Melbourne pada 2013.
Aset yang dirampas dilaporkan milik pemaju hartanah Australia, Teen Boon Lye, isteri dan syarikat mereka.
Media Australia sebelum ini melaporkan, Teen dituduh merasuh pegawai Malaysia untuk menjamin penjualan bangunan itu yang dikenali sebagai Dudley House.
Teen didakwa pada 9 Julai lalu, lima tahun selepas pendedahan yang menunjukkan harga hartanah itu meningkat sebanyak A$4.75 juta untuk memberi sogokan kepada sekumpulan pegawai Malaysia.
Harga asal hartanah itu ialah A$17.85 juta, tetapi kemudian dijual pada harga A$22.6 juta, dengan A$4.75 juta dibayar atau dijanjikan kepada individu, termasuk individu didakwa bernama Zach Zainal dan Erwan Azizi.
Ia dengan niat untuk mempengaruhi seorang pegawai kerajaan Malaysia bagi menjamin penjualan hartanah itu. – MalaysiaPost

