
MUNGKIN 200 penyokong dibenarkan masuk ke stadium untuk menyaksikan bola sepak, kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.
Beliau berkata, pihaknya dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengadakan siri perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mendapatkan ‘lampu hijau’ berkaitan isu itu.
“Bagi saya, kami akan cuba berhubung dengan MKN di mana beberapa perlawanan Liga Super dan Premier boleh penyokong masuk.
“Kita akan bentangkan SOP kepada mereka kerana jika ikutkan majlis perkahwinan boleh dihadiri. Kita akan mulakan secara berperingkat dan permulaan adalah seramai 200 orang,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Hamidin berkata, pihaknya mahu membawa sukan berkenaan seperti sebelum ini, namun memahani kekangan yang dihadapi terutama membabitkan pandemik Covid-19.
Sebelum ini, perlawanan Liga Malaysia yang bersambung pada 28 Ogos lalu berlansung tanpa kehadiran penyokong seperti yang diputuskan kerajaan. -Malaysiapost
