Penganggur maut jatuh lif

0
2

SEORANG penganggur maut selepas terjatuh di atas bumbung lif di Perumahan Awam Sri Sabah, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.20 petang tadi, lelaki berusia 50 tahun itu dijumpai terlangkup di atas lif berkenaan dengan kesan lebam di muka dipercayai jatuh dari tempat tinggi.

Sebelum itu, syarikat penyelenggara lif dihubungi penduduk yang membuat aduan berhubung kerosakan lif berkenaan kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon yang mengesahkan kejadian berkata, penyelenggara lif yang tiba 30 minit kemudian membuka pintu lif dan menemui mayat seorang lelaki di atas bumbung lif terbabit.

“Mayat mangsa dibawa ke HUKM untuk bedah siasat. Kes ini diklasifikasikan mati mengejut,” katanya. -Malaysiapost