Meninggal dunia dalam kereta api

0
1

SEORANG lelaki ditemui meninggal dunia di tempat duduknya dalam kereta api dipercayai akibat serangan asma.

Mayat mangsa ditemui ketika kereta api yang dinaiki mangsa berhenti di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Arau, petang semalam.

Mohd Shahabudin Saad, 36 dari Kampung Banggol Sena, Mata Ayer ditemui penyelia kereta api pada 4.15 petang.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 4.28 petang.

“Hasil pemeriksaan ke atas mayat mangsa tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah.

“Malah mangsa yang bujang juga mempunyai sejarah kesihatan dan kerap menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan Hospital Sultanah Bahyah, Kedah berdasarkan buku rekod kesihatan yang dibawanya ketika mayat ditemui.

“Pegawai kesihatan mengesahkan mangsa maut akibat serangan asma dan paru-parunya gagal berfungsi,” katanya.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).