Sebelum kata Safawi playboy, periksa dulu teman lelaki sendiri – Syifa

0
2

Nurul Huda Abhar

PELAKON dan usahawan kosmestik, Syifa Melvin berang apabila peminat sering melabelkan teman lelakinya sebagai “playboy”.

Syifa atau nama sebenar Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan bintang skuad Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Safawi Rashid, 23.

“Kenapa dengan Safawi je kena fikir masak-masak. Dengan sesiapa pun kena fikir.

“Tak payah la cakap dia “playboy”. Awak jaga dulu teman lelaki awak. Tu pun mana tahu dia baik di depan tapi keluar dengan perempuan lain. Mesej dengan perempuan lain,” katanya dalam siaran langsung (live) di Instagram.

Dia turut menasihatkan warganet agar menjaga hal hubungan sendiri dahulu sebelum ingin membincangkan berkaitan percintaannya dengan Safawi.

Dia yang memulakan karier sebagai bintang Insta (Instafamous) turut menegaskan secara peribadi mengenali Safawi dan antara insan yang rapat dengan pemain bola sepak tersebut.

Syifa yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin juga meminta peminat tidak mengendahkan semua gosip liar terhadap teman lelakinya.

“Disebabkan gosip-gosip bodoh dua tiga tahun lepas, tak tahu apa-apa awak semua boleh nilai orang,” katanya lagi.

Sebelum ini, prestasi Safawi di padang merudum sehingga menerima teguran daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Masalah prestasi tersebut dikatakan kerana pemain bola sepak itu berdepan tekanan daripada kekasihnya, Syifa yang mendesaknya berkahwin. – Malaysia Post