Luqman jumpa keluarga baru di Belgium

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

PENYERANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin kini tinggal bersama ‘host family’ di Kortrik bagi membiasakan diri dengan suasana di Belgium.

Gambar Luqman bersama keluarga angkatnya itu dimuat naik di Facebook KV Kortrijk, sebentar tadi.

“Hakim arrived at his host family in Kortrijk”, itulah ayat ringkas di laman Facebook berkenaan.

Host Family adalah situasi biasa bagi golongan remaja yang berhijrah ke negara lain khususnya pelajar yang menuntut di luar negara.

Kaedah digunakan kelab berkenaan dengan meletakkan Luqman tinggal bersama keluarga barunya itu tidak lain bagi memudahkan pemain muda dari Kelantan terbabit menyesuaikan diri dengan cepat.

Bahasa, budaya dan permakanan adalah cabaran yang dihadapi Luqman.

Sejak tiba di Belgium pada 13 Ogos lalu, Luqman masih belum menjalani latihan dan difahamkan sedang menjalani tempoh kuarantin.- MalaysiaPost