‘Menteri agama sedia bantu transgender jadi muslim yang baik’

0
1

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan bertemu komuniti transgender dalam masa terdekat.

Zulkifli berkata, pihaknya juga sudah mengadakan pertemuan dengan semua penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi membincangkan isu transgender.

“Isu ini perlu dilihat secara holistik dan langkah yang diambil perlu berhemah.

“Kita mahu ada kesedaran terhadap individu berkenaan sebagai seorang Muslim.

“Kita juga mahu membantu mereka untuk menjadi Muslim yang baik,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Zulkifli berkata demikian bagi mengulas isu usahawan kosmetik, Safiey Illias yang secara terbuka mendedahkan mengenai pembedahan wajah dilakukannya kepada umum.

Ditanya adakah tindakan boleh dikenakan terhadap individu seperti Safiey, Zulkifli berkata, ia hanya boleh dibuat apabila terdapat laporan kepada jabatan agama Islam negeri di atas akta berkaitan jenayah orang Islam.

Sebelum ini, media melaporkan Safiey menjalani proses pembedahan kosmetik pada wajah, payudara dan punggung dengan kos mencecah RM1 juta hingga RM2 juta.

Safiey dilaporkan mendedahkan pada bahagian wajah saja dia sudah membelanjakan hampir RM300,000 bersamaan dengan harga sebuah kereta mewah jenis Ford Mustang. – Malaysia Post