Ada saya curi duit bapak awak? – Abdul Azeez

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

[Parlimen] ‘ADA saya curi duit bapak awak’, kata Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang menyebabkan persidangan Dewan Rakyat ‘panas’ seketika, hari ini.

Abdul Azeez (BN-Baling) ‘bertikam lidah’ dengan RSN Rayer (PH-Jelutong), selepas Rayer meminta Abdul Azeez diam dan mendakwa dia adalah pencuri.

“Sudah la Baling duduklah, kamu tu pencuri semua orang tahu,” kata Rayer selepas Abdul Azeez mencelah ketika perbahasan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau).

Shahidan ketika itu sedang membahaskan harga sawit jatuh ketika pemerintahan Pakatan Harapan dan ia mengundang Rayer mendakwa ia kenyataan mengelirukan.

Susulan itu, Abdul Azeez bangun untuk mencelah sebelum dituduh pencuri oleh Rayer dan tindakan itu mengundang kemarahan Abdul Azeez yang menyoal sama ada dia ada mencuri duit bapa Rayer atau tidak.

“Kalau bapak awak punya duit saya curi cakap sekarang. Ada saya curi duit bapak awak?,” katanya.

Pertelingkahan kedua-dua Ahli Parlimen itu kemudian ditamatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. – Malaysia Post