PH desak PDRM, SPRM siasat surat sokongan Timbalan Menteri

0
1

Fitri Nizam

Salah guna kuasa Menteri, Timbalan Menteri dalam Pharmaniaga dikuathiri membahayakan nyawa rakyat dan wajar disiasat serta merta, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

Beliau berkata, tindakan memberikan sokongan kepada anak sendiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan nota sokongan daripada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob memerlukan tindakan diambil kerana salah guna kuasa.

“Salah guna kuasa dan campur tangan politik demi kepentingan peribadi dan keluarga bukan sahaja akan menyebabkan kerugian syarikat malah mendatangkan kemudaratan ke atas nyawa rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan itu berkata demikian merujuk kepada pendedahan surat sokongan Ikmal Hisham kepada Ismail Sabri untuk melantik anaknya, Ikmal Hazlan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga Berhad.

“Pharmaniaga merupakan syarikat lantikan Kerajaan Malaysia untuk membekalkan ubat-ubatan serta peralatan perubatan kepada hospital dan klinik kerajaan.

“Justeru, syarikat ini merupakan satu perindustrian strategik terutamanya ketika negara berdepan wabak Covid-19,” katanya.

Steven berkata, carian melalui laman sesawang turut mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua orang pemimpin Umno yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan pada bulan Ogos 2020.

“Keadaan ini amat membimbangkan. Adakah Pharmaniaga kini menjadi lubuk habuan untuk kroni dan ahli keluarga orang politik Perikatan Nasional (PN)?

“Saya menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk segera menyiasat salah guna kuasa ini sebelum perkara tersebut menjelaskan sektor perubatan negara,” katanya.

[/pl_text]
[/pl_col]
[/pl_row]