Rina Harun kekal Ketua Srikandi, Mas Ermiyanti timbalan

0
2

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mengekalkan jawatan Ketua Wanita (Srikandi) Bersatu dalam pemilihan Bersatu bagi penggal 2020 ke 2022.

Beliau menang tanpa bertanding jawatan itu sementara Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, Datuk Mas Ermiyanti Samsudin pula menang jawatan naib ketua dengan mendapat 10,079 undi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata buat julung kali Srikandi bahagian seluruh negara mengadakan persidangan tahunan masing-masing dengan seramai 11,609 perwakilan telah mengundi, semalam.

“Daripada 168 bahagian Srikandi yang layak bersidang, 165 bahagian berjaya mengadakan persidangan manakala tiga lagi gagal bersidang kerana ketiadaan korum,” katanya.

Berikut keputusan penuh Jawatankuasa Srikandi Bersatu:

Pengerusi Tetap disandang Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir.

Timbalan Pengerusi Tetap disandang Ruhaya Mohamed Yusof.

Ketua Srikandi Wanita Bersatu disandang Datuk Seri Rina Harun.

Timbalan Srikandi Wanita Bersatu disandang Datuk Mas Ermiyanti Samsudin.

15 Ahli Jawatankuasa dipilih:

Faizah Baharom
Datin Ema Syuhaili Mohd Sukor
Dayang Norhayati Titing
Redonah Bahanda
Datuk Junaidah Kiting
Puteri Holijah Muhd Rali
Nor Azah Abdul Aziz
Mizma Appehdullah
Zeti Zanariah Masiran
Norhaninawati Mohd Yusof
Raja Mis Sariah Raja Hamzah
Mek Zaharah Husain
Jawahir Husein
Julianan Abdul Ghani
Neng Hayati Haytullah Md Ali