Kluster Tawar, Sala catat peningkatan

0
2

Fitri Nizam

Enam lagi kes baru Covid-19 dikesan di Kedah membabitkan dua kluster iaitu kluster Tawar dan Sala, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham memaklumkan, terdapat 12 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini membabitkan 10 kes penularan tempatan iaitu di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

“Terdapat enam kes baharu di Kedah membabitkan dua kluster iaitu kluster Tawar empat kes dan kluster Sala dua kes.

“Selain itu, terdapat tiga kes di Pulau Pinang yang turut dikesan membabitkan kluster Tawar menjadikan keseluruhan kluster berkenaan sebanyak 46 kes,” katanya.

KKM melaporkan, semua kes penularan tempatan terbabit adalah membabitkan warganegara.

KKM berkata, kes import hanya mencatatkan dua kes iaitu daripada individu yang pulang dari Syria dan Filipina.

“Kedua-dua individu berkenaan bukan warganegara dan kes mereka dikesan di Kuala Lumpur,” katanya lagi.