Muhyiddin, isteri menghadap Sultan Johor

0
2

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, ketibaan Muhyiddin dan isteri di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada jam 9.30 pagi disambut Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. 

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam turut berangkat pasa majlis berkenaan.

Muhyiddin dalam rangka lawatan rasminya ke Johor selama dua hari bermula hari ini.

Difahamkan selepas menghadap Sultan Ibrahim, Muhyiddin menghadiri majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri di Hotel Thistle Johor Bahru.

Aktiviti beliau hari ini diteruskan dengan Sambutan Hari Belia Negara 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor dan kemudian menyertai aktiviti walkabout di B5 Street Market, Tampoi.