Barcelona ‘diaibkan’ Bayern Munich tewas 2-8

0
2

Barcelona menelan kekalahan terbesar mereka di perlawanan suku akhir UEFA Champions League 2019/2020 dengan tunduk 2-8 di tangan Bayern Munich, awal pagi tadi.

Dua gol dari Thomas Muller, masing-masing satu gol dari Ivan Perisic, Serge Gnabry, Joshua Kimmich dan Lewandoski sehingga minit 82 cukup menyeksakan skuad Catalan.

Lebih menyakitkan dan pedih untuk Barcelona apabila pemain yang dibeli €146 juta dan juga pemain yang cuba mereka singkirkan – Coutinho – masuk dan menjaringkan dua gol.

Kekalahan memalukan itu menyebabkan Gerard Pique menuntut perubahan besar perlu dilakukan di Barcelona.

Pertahanan berusia 33 tahun itu, yang telah merangkul 20 trofi sepanjang 12 tahun di Barcelona, sedia menjadi orang pertama yang keluar’ jika kelabnya mahu.

Sementara itu, pemain terbaik perlawanan itu, Thomas Mueller mengaku ‘seronok’ dapat membelasah Barcelona. 

“Susah nak dijelaskan. Saya rasa kemenangan ini membuktikan kami berada dalam prestasi terbaik. 

“Terima kasih atas anugerah pemain terbaik perlawanan ini. Tapi saya rasa ada 12, 13 pemain lain di luar sana yang sama layak menerimanya,” katanya.