Al-fatihah…Pengarah Yusof Kelana sudah tiada

0
2

Pengarah dan penerbit veteran, Yusof Kelana meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi tadi.

Menurut isteri Allahyarham, Nur Maynah memberitahu arwah menghembuskan nafas terakhir semasa dia dan anak-anak sedang membacakan surah Yassin.

“Arwah berada dalam keadaan sedar cuma diam dan tak bergerak sebelum meninggal dunia. Saya panggil anak-anak untuk baca Yasin. Saya sempat bisik ke telinganya kalimah Laillahaillallah.

“Kelmarin dia okey sahaja. Arwah tidak menunjukkan perubahan yang ketara, mungkin sudah tiba ajalnya,” katanya seperti dilapor Harian Metro hari ini.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan keluarga dan dijangka akan dikebumikan selepas solat Asar namun belum dipastikan lokasi pengebumian.

Terdahulu, Yusof, 66, yang disahkan menghidap kanser kulit tahap empat dikhabarkan berada dalam keadaan tenat di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.

Allahyarham yang terkenal dengan karya Gerak Khas dan salah sebuah filem sentuhannya, Tragedi Oktober menerima kutipan pecah panggung bernilai RM3.2 juta pada tahun 1996.