KKM belum terima data Sputnik V, vaksin Covid-19

0
2

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum menerima sebarang data penyelidikan vaksin ‘Sputnik V’ dihasilkan oleh Rusia.

Berikutan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata,l pihaknya tidak mengetahui keberkesanan vaksin terbabit untuk merawat pesakit Covid-19 di negara ini.

“Banyak persoalan yang timbul sama ada vaksin ini berkesan atau sebaliknya. Adakah ia kekal (merawat Covid-19) atau perlu laksanakan ‘booster’.

“Kita tunggu kajian, baru boleh tahu sama ada vaksin ini berkesan atau tidak.

“Setakat ini kita hanya mendapat laporan daripada berita dan tiada bukti saintifik mengatakan ia berkesan,” katanya.

Selasa lalu, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan negara itu telah mendaftar vaksin pertama di dunia untuk Covid-19.

Putin memaklumkan anak perempuannya sendiri menerima vaksin terbabit.