Muhammad Afiq
[Parlimen] Akta Hasutan 1948 perlu dikekalkan bagi menjamin perpaduan dalam negara yang berbilang kaum, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.
Bagaimanapun beliau mencadangkan agar kerajaan membuat pindaan ke atas akta itu bagi memastikan akta itu dimanfaatkan dengan betul.
“Akta itu mesti diguna dengan betul, kalau masalahnya punca yang membolehkan seseoarang pemimpin salah guna akta itu untuk kepentingan diri,orang yang patut kita bakar adalah pemimpin itu. Bukan akta itu
“Ada yang kata akta itu ‘ancient’ ya la, kerana dia wujud 1948. Kalau dah maju ke hadapan 2020, maka buat la pindaan kepada akta itu, sesuaiankan dengan keadaan sekarang,” katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) bercadang untuk memansuhkan Akta Hasutan yang didakwa digunakan kerajaan terdahulu bagi mengenakan musuh politiknya.
Namun Menteri Dalam Negeri ketika itu Muhyiddin Yassin pada Julai 2019 berkata kerajaan PH masih dalam proses menyemak undang- undang tersebut tetapi belum membuat sebarang keputusan.
Dalam masa sama Nazri turut bersetuju dengan pandangan Hassan Karim (PH – Pasir Gudang) supaya memasukkan peruntukan dengan niat dalam Akta Hasutan sebagai justifikasi memutuskan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak.
“Apa YB cakap betul, mesti ada elemen niat untuk hasut bagi lakukan pergaduhan. Saya setuju dan boleh bincang dgn pihak jawatan berkaitan untuk masukan elemen itu.
“Kalau bersalah akan masuk penjara tak silap saya. Sebab itu saya setuju, kita adakan Kaukus, kita nilai dan ukurlah elemen baik untuk perkuatkan akta ini,” katanya.

