Bintang gusti Dwayne Johson atau mesra disapa The Rock kekal mengungguli senarai pelakon yang memperoleh pendapatan paling tinggi selama dua tahun berturut-turut.
Menurut laporan data Forbes, pendapatan bintang Hollywood tersebut sebanyak RM367.2 juta dalam tempoh setahun ini dan bayaran tertinggi yang diterima adalah menerusi filem terbitan Netflix, Red Notice sebanyak RM98.6 juta.
Memegang watak Hobbs dalam Fast & Furious, pendapatan The Rock juga banyak melalui kerjasama dengan jenama pakai sukan, Under Armour melalui Project Rock.
Aktor Ryan Reynolds pula menduduki tempat kedua dengan pendapatan sebanyak RM300.2 juta sejak setahun lalu.
Pelakon DeadPool tersebut menerima bayaran paling tinggi menerusi filem terbitan Netflix iaitu 6 Underground dan Red Notice.
Tangga ketiga diikuti pelakon dan producer, Mark Wahlberg dengan pendapatan sebanyak RM243.5 juta.

