
Aiman Hanif
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon yang telah bersara wajib kembali ke “medan perang” bagi membantu kerajaan memerangi wabak Covid-19.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan, Rohaizat dipanggil kembali berkhidmat secara kontrak bagi membantu kementerian itu.
“Selamat kembali ke ‘medan perang’ kepada Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg Datuk Dr Rohaizat Yon.
“Beliau ‘dipanggil semula’ (secara kontrak) bagi membantu KKM mengawal penularan jangkitan #COVID19.
“Selamat bertugas untuk rakyat dan negara,” kata kenyataan di Facebook rasmi itu.
Sementara itu, Bernama melaporkan “panglima perang KKM” kembali semula ke sedia media harian Covid-19 semalam, selepas dua bulan hilang daripada pandangan pengamal media.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memulakan sidang media beliau pada petang semalam dengan mengumumkan Dr Rohaizat kembali berkhidmat hingga akhir tahun.
Difahamkan, Dr Rohaizat melaporkan diri untuk kembali bertugas di kementerian pada 6 Ogos lalu.
