Projek terowong: Guan Eng didakwa lagi

0
2

[Mahkamah] Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima wang suapan berjumlah RM3.3 juta.

Ia bagi membantu sebuah syarikat yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Guan Eng, 60, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, Guan Eng, ketika menjawat jawatan ketua menteri Pulau Pinang, didakwa telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3,300,000.

Ia sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan projek itu yang bernilai RM6,341,383,702.

Jumaat lalu, Setiausaha Agung DAP itu turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah berhubung projek terowong dasar laut berkenaan yang bernilai RM6.3 bilion di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Guan Eng juga dijualkan akan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang esok mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Kredit Foto: Facebook DAP