JDT kelab pertama sedia fasiliti kepada pemain akademi

0
2

Juara enam musim Liga Super, JDT menjadi kelab pertama di negara ini yang menyediakan fasiliti bagi pemain akademi pasukan.
Perkara ini dikongsikan oleh kelab berkenaan menerusi laman media sosial rasmi pasukan.
Fasisliti berkenaan terletak di padang tapak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru, Padang Mawar di Pasir Gudang dan Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah di Skudai.
Akademi JDT adalah sebuah realisasi oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mewujudkan akademi terbaik di Malaysia bagi menghasilkan pemain berkualiti bertaraf antarabangsa.
Akademi ini diselia oleh Pengarah Teknikal, Alistair Edwards dengan bantuan Pengurus Pembangunan, K. Sukumaran dan pasukan mereka yang terdiri dari Pengarah Akademi, Pegawai Perhubungan Akademi, Ketua Pencarian Bakat, Ketua Kecergasan, Ketua Fisiologi dan Penyelaras untuk kumpulan pemain dengan umur berbeza dan lain-lain.
Kesungguhan JDT dalam melahirkan pemain berkualiti antara faktor utamanya dan pada awal bulan ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganugerahkan Akademi JDT sebagai Ahli Emas pertama bagi Piagam SupaRimau FAM atas usaha berterusan dalam membangunkan bola sepak akar umbi.
Bagi memperolehi keahlian dalam Piagam SupaRimau FAM, akademi bola sepak akan dinilai melalui lima kriteria utama, iaitu kepimpinan, perancangan, kemudahan, pertandingan dan pendidikan.
Akademi JDT telah merangkumi kesemua aspek ini dengan jayanya