Nilam Oshman
[Covid-19] Sebanyak 11 kes baharu dicatatkan setakat jam 12 tengah hari ini, membabitkan enam penularan di dalam negara dan lima kes import.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua kes import melibatkan warganegara, manakala penularan tempatan melibatkan lima warganegara dan satu warga asing iaitu kes saringan di tempat kerja di Selangor.
Menurutnya, sehingga kini, terdapat satu kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selain itu, tiada pertambahan kes kematian, jumlah kumulatif kematian kekal 125 kes,” katanya dalam sidang media perkembangan Covid-19 hari ini.
Beliau manambah, terdapat 19 kes pulih Covid-19 hari ini dan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya kini 8,803 kes iaitu 96.8 peratus daripada keseluruhan kes.

