Pirlo ganti Sarri pimpin Old Lady

0
2

Juara Serie A, Juventus secara rasmi menamakan bekas pemain tengahnya, Andrea Pirlo sebagai pengurus baharu dengan kontrak dua tahun.

Keputusan itu diambil beberapa jam selepas kelab Old Lady berkenaan memecat pengendali Maurizio Sarri setelah gergasi Itali tersebut disingkirkan Olympique Lyon dalam saingan Liga Juara-Juara.

Bekas pengurus Chelsea berusia 61 tahun berkenaan sebelum itu berjaya memimpin kelab Turin itu gelaran Serie A yang kesembilan berturut-turut, namun masih gagal memenuhi harapan besar pengurusan kelab yang mensasarkan kejuaraan Liga Juara-Juara.

“Pilihan hari ini adalah berdasarkan pada kepercayaan bahawa Pirlo memiliki apa yang diperlukan Juventus untuk memimpin dari debutnya di bangku simpanan sebagai pakar dan berbakat untuk mengejar kejayaan baharu bersama kelab ini.

“Keputusan untuk memilih Pirlo juga sangat wajar, dalam gaya Juventus, kerana dia adalah seseorang yang bermain untuk kami, selalu berhubungan dengan semua orang di sini dan ini sesuatu yang wajar.

“Kami juga percaya Pirlo sudah ditakdirkan untuk menjadi hebat sebagai pemain Juventus dan kami yakin dia dapat melakukan perkara sama sebagai jurulatih,” kata ketua pegawai kelab, Fabio Paratici.

Juventus yang menguasai arena domestik bola sepak Itali bertekad untuk kembali sebagai gergasi Eropah di pentas Liga Juara-Juara selepas kecundang dalam dua edisi final terakhir pada 2015 dan 2017.