Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
[Sudut Pandang] Sewajarnya, Lim Guan Eng melantik Tommy Thomas sebagai peguambelanya yang utama.
Guan Eng berhadapan dengan kes berat. Dia mungkin dikenakan banyak pertuduhan.
Bolehlah Tommy Thomas menyambung tugas lamanya. Dia peguam Guan Eng apabila kes rasuah banglo dua tingkat baru dimulakan.
Kes itu digugurkan. Yang menggugurkannya ialah Tommy Thomas apabila dia dilantik sebagai Peguam Negara atas cadangan DAP.
Sekarang peluang kita melihat kehandalan dan kepakaran Tommy Thomas sebenarnya.
Kalau kurang confidence, dia boleh combine dengan Gopal Seri Ram. Dia seorang Peguam tersohor yang kini menjadi Pendakwaraya Kanan kes Najib.
Yang melantik Gopal sebagai pendakwa ialah Tommy Thomas. Tommy sudah letak jawatan tetapi Gopal masih belum letak jawatan. Elok Gopal letak jawatan untuk bantu Guan Eng.
Tun Hamid Mohamad bekas Ketua Hakim Negara telah mengkritik amalan melantik seorang Peguam menjadi Pendakwaraya.
Kalau tidak cukup kuat juga, Guan Eng boleh tambah seorang lagi Peguam iaitu Latheefa Beebi Koya. Dia pun tersohor dan pernah jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Memang “ngam” Lim Guan Eng-Tommy Thomas-Gopal Seri Ram-Latheefa Beebi Koya.
Penulis ialah bekas Ketua Pengarah JASA
[Artikel ini disiarkan tanpa suntingan. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysia Post]

