Betty Chew Gek Cheng, isteri bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan memasuki pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), kira-kira 10.45 pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian Online, Betty yang menaiki kenderaan pelbagai guna ditemani peguam, Lee Khai dan adik perempuan Guan Eng, Hui Ying.
Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak termasuk SPRM berhubung kehadiran Betty ke ibu pejabatnya di Pulau Pinang.
Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, pagi tadi.
Bagaimanapun, Guan Eng, 59, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Beliau seterusnya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 pada jam 9 pagi, 10 Ogos ini.
Pertuduhan di Mahkamah Pulau Pinang turut berkaitan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
SPRM turut mendapat izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa Guan Eng mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada jam 9 pagi, 11 Ogos.

