Pena Saujana
[Sudut Pandang] Merujuk pada tulisan terbaharu Tun Abdul Hamid Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara yang menyentuh mengenai tindakan drastik Umno selepas keputusan kes SRC International Datuk Seri Najib Razak, ia amat berat sebelah.
Dalam analisis emosionalnya, Tun Hamid menyatakan bahawa beliau terjerumus untuk mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mempertikai keputusan kes SRC DS Najib Razak dan bekas Yang Arif itu mendakwa kononnya Umno keluar Perikatan Nasional kerana marah Najib didapati bersalah?
Penulis berpendapat Tun Hamid telah tersasar jauh dan mempunyai niat tertentu cara mentafsirkan kenyataan Umno berkenaan khasnya yang datang dari Presidennya. Tulisan Tun Hamid boleh mengelirukan lagi masyarakat dan penulis berani mengatakan dia bersikap emosional, cara menulis rencana tersebut dan sepatutnya sebagai seorang Yang Arif mengulas secara tepat lagi berfakta. Sungguh malang.
Biarlah penulis ulas apa sebenarnya yang dinyatakan oleh Tun Hamid itu tersasar dari kenyataan DS Zahid yang tenang menerima keputusan penghakiman yang penuh dramatik itu. Pemimpin akar umbi itu masih mampu menahan perasaan sedih apabila bekas ketuanya yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar, dijatuhkan hukuman sedemikian rupa.
DS Zahid yang kini menggantikan bossnya memikul amanah berat sebuah parti Melayu yang memerintah selama 60 tahun hanyalah menyatakan pandangan parti yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi. Sudah tentu taat setia dan setiakawan DS Zahid kepada DS Najib, berpisah tiada. Mereka berdua adalah sahabat sejati.
Bukan seperti sesetengah pihak yang mengerumuni boss apabila kepingin habuan atau nak jadi calon PRK atau PRU. Kini masih berlaku termasuk mereka yang sudah dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri yang lupa dunia sebenar.
Semasa DS Zahid disoal oleh wartawan di mahkamah dia baru keluar dari bilik perbicaraan bersama DS Najib selepas saja keputusan mahkamah dibuat oleh hakim.
Kenyataan DS Zahid tidak ada cacat celanya sebagai presiden parti di mana bekas presidennya didapati bersalah pada 7 pertuduhan (angkara fitnan @ fabricated trial cases) yang telah dirancang oleh regim 22 bulan pimpinan PM ke-7 yang dari rekod kerjayanya dulu semasa menjadi PM selama 22 tahun juga dikenali seluruh dunia sebagai PM yang mahazalim dan bertindak secara kejam pada seteru politik dia.
Kerja-kerja terkutuk pemimpin dari Kerala itu apabila dia telah menganiayai DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam kes liwat dan kita tahu bagaimana banyak saksi-saksi diseksa semasa soal siasat oleh instrumen kerajaan di bawah kawalan dia. Kes DSAI telah menjadikan “The dark days to Justice System” pada negara ditambah pula dengan case dismissal of Tun Salih Abas, our well respected Lord President dan beberapa well learned Supreme Court Judges juga menerima nasib sama dimalukan dan disingkir dari jawatan masing-masing. Ini kerja mahafiraun.
Hingga hari ini ada tidak PM ke-7 memohon maaf pada mereka mereka itu? Mereka yang dianiayai itu hanya dibela oleh kerajaan pimpinan Pak Lah tetapi sejarah membuktikan bahawa Mahathir tidak pernah mengaku salah walhal dialah menyalahgunakan kuasa yang dimiliki untuk menjalankan pentadbiran mengikut selera dia dan bukan mengikut Rule Of Law dan Separation Of Power tidak ada dalam kamus pentadbiran Mahathir semasa dia memerintah negara kita. Ini fakta bukan auta.
Berbalik pada pemerintahan dia selama 22 bulan yang angkara dia sendiri terlepas menjadi kembali PM ke-8 dan dia tetap mengamalkan cara sama dengan membawa masuk political appointment bagi jawatan-jawatan penting negara seperti AG (Peguam Negara) Tommy Thomas dan beberapa pelantikan peguam kanan seperti Sri Ram Gopal dan pelantikan IGP (ketua polis negara) serta Latifah Koya, Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Semua mereka terlibat membuat pertuduhan politik dengan niat menghancurkan maruah serta mempenjarakan semua musuh-musuh politik dan ini dapat disaksikan sendiri dengan 47 tuduhan kepada DS Najib dan DS Zahid dengan 87 kes. Yang turut kena ialah Ahmad Maslan, Setiausaha Agung Umno yang lantang mengkritik Pakatan Harapan.
Begitu juga ada tuduhan pada keluarga DS Najib termasuk isterinya dan anak-anak dia yang tidak berdosa dengan tuduhan bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 berjuta-juta ringgit nilainya tuntutan serta denda. Jika dilihat cara pertuduhan-pertuduhan itu, ia tidak berasas.
Kita menyaksikan bahawa waima sekarang Regim Mahathir telah tumbang tetapi kes-kes itu sepatutnya digugurkan tetapi mengapa diteruskan, masih menjadi soal tanya? Adakah pemimpin tertinggi sekarang masih mendapat arahan pemimpin itu?
Yang aneh dan menakjubkan, rakyat amat hairan mengapa Mahathir menggugurkan kes geng-geng dia termasuk kes banglo LGE dan kes terowong dan anak didik dia yang dilantik menjadi Senator.
Persoalan penulis mengapa Tun Hamid tidak mempersoalkan perbuatan Regim Mahathir 22 bulan memerintah itu mengugurkan kes yang tidak mengikut lunas undang-undang atau rule of laws atau confine to book!
Penulis berpendapat tulisan Tun Hamid adalah berat sebelah dan beremosi serta tidak faham bahawa keputusan DS Zahid mengatakan Umno tidak akan bersama-sama Perikatan Nasional adalah keputusan politik demi hendak menyelamatkan Muafakat Nasional (MN) yang ‘proven very viable and very effective political engagement’ di mana keputusan PRK sebanyak enam kali berturut-turut MN menang dengan penuh bergaya.
Walaupun Tun Hamid cukup arif sebagai pengamal undang-undang tetapi beliau bukanlah seorang ahli politik. Beliau lemah dalam bidang politik dan terjahan dalam artikelnya diselubungi kebencian mendalam. Dalam keputusan politik ia amat berbeza kerana kepentingan pengundi atau rakyat serta ahli akar umbi menjadi keutamaan presiden sebuah parti.
Oleh itu, Tun Hamid kena banyak membaca dan mendapatkan fakta-fakta betul dan bukannya dibaluti emosi dan kebencian. Tun Hamid harus faham Umno tidak pernah keluar Perikatan Nasional kerana tidak pernah masuk PN. Sokongan kepada kerajaan PN hanyalah sokongan Ahli-ahli Parlimen Umno, bukan sokongan sebagai parti politik.
Minta Tun Hamid jangan terkeliru dengan perkara mudah ini. Bekas Ketua Hakim Negara itu kena faham bahawa tidak timbul keputusan besar Umno dengan hukuman penghakiman DS Najib kerana MT Umno telah membuat keputusan awal mengenainya dan Presiden UMNO mengumumkannya ketika itu, kebetulan parti Bunga atau Bersatu berminat untuk menyertai Muafakat Nasional.
Bagi penulis, tulisan Tun Hamid sangat berat sebelah tanpa mengetahui fakta sebenar. Jangan kita merendahkan martabat kerana semata-mata dendam atau rasa kebencian yang amat sangat kepada parti atau individu.
Pena Saujana adalah penganalisis undang-undang dan politik.
Artikel ini disiarkan tanpa suntingan. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysia Post.

