Dua letupan besar menggegarkan Beirut, ibu negara Lubnan mengakibatkan lebih 70 orang maut dan lebih 3,000 cedera setakat ini.
Letupan jam 6 petang waktu tempatan di pelabuhan perindustrian, menyebabkan bangunan sekitar termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri musnah dan mengalami kerosakan teruk.
Impak letupan menyebabkan kerosakan beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer, manakala kepulan asap tebal kelihatan sejauh 10 kilometer.
Terdapat juga rakaman dari pelabuhan menunjukkan kerosakan besar pada bangunan dan kereta, serta orang yang cedera.
Punca letupan masih belum dapat dikenal pasti.
Kredit Foto CBS Evening News

