Muhamad Mustakim Ramli
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan peletakan jawatan Datuk Seri Ramlan Ibrahim sebagai ahli suruhanjaya itu, berkuat kuasa semalam.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat SPR, peletakan jawatan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“SPR mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Ramlan Ibrahim, atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai ahli SPR,” katanya.
Ramlan, 63, dilantik menjadi Ahli SPR pada Februari 2019 manakala tempoh perkhidmatannya adalah sehingga berusia 66 tahun.

