Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum memikirkan soal penyertaan bersama Muafakat Nasional, sebaliknya lebih memberi fokus kepada usaha mengekang penyebaran wabak Covid-19.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, berkata apa yang lebih penting mengeluarkan beberapa zon kuning di Sarawak daripada wabak itu.
“GPS menyokong…Kita adalah kerajaan Perikatan Nasional (PN) plus di peringkat Persekutuan.
“GPS tidak memikirkannya (Muafakat Nasional). Apa yang lihat sekarang adalah Covid-19.
“Ia merupakan perkara serius memandangkan Kuching kini zon merah. Itu (isu Covid-19) adalah apa yang sedang difikirkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Umno-Pas untuk memperkasa Muafakat Nasional.
Abang Johari berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 32 Kuching sebagai Bandaraya Pertama kali 32 tahun,
Abang Johari mengulangi pendirian bahawa pada masa ini GPS terus menyokong Kerajaan Persekutuan ditadbir PN.
GPS ialah gabungan empat parti Sarawak yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

