Apa yang bakal berlaku kepada kedudukan politik di Sabah dijangka diketahui selepas jam 11 pagi ini menerusi sidang media Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mohd Shafie dilaporkan tiba di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Kota Kinabalu jam 10.40 pagi tadi.
Beliau dijadualkan mengadakan taklimat terputup bersama wakil rakyat serta kepemimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) serta Pakatan Harapan (PH) dan Upko terlebih dahulu.
Pagi tadi, Mohd Shafie dilaporkan telah memasuki Istana Negeri bagi bertemu dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
Ia dilaporkan berlangsung selama kira-kira 30 minit.
Sekitar jam 10.15 pagi tadi, beberapa kenderaan dipercayai dinaiki Ahli Parlimen Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman dan rombongannya memasuki laluan ke istana.
Semalam, Musa mendakwa memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari pelbagai parti.

