Pemuda Umno mahu polis siasat Himpunan Bersatu Blackout

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

Pemuda Umno Alor Setar membuat laporan polis malam tadi, berhubung perhimpunan penyokong dan pemimpin politik yang mengelar diri mereka Bersatu Blackout.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, berkata pihaknya meminta polis menyiasat penganjur perhimpunan pada 18 Julai lalu di sebuah hotel di Alor Setar kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Pemuda Umno Alor Setar membuat laporan polis berhubung Himpunan Bersatu Blackout baru-baru ini.

“Menerusi foto yang disebarkan menerusi pelbagai platform, amalan penjarakan sosial tidak diamalkan pada perhimpunan berkenaan.

“Kita bimbang akibat kegagalan penjarakan sosial itu akan berlaku jangkitan Covid 19 kluster Bersatu Blackout,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, amat jelas menerusi foto itu terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka, berhimpit antara satu sama lain tanpa penjarakan satu meter.

“Sebagai warga Alor Setar kami bimbang akibat kegagalan penganjur mematuhi penjarakan sosial, kami, keluarga dan rakan-rakan serta ramai lagi orang berisiko dijangkiti.

“Pemuda Umno Alor Setar berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan segera dan adil tanpa melindungi mana-mana pihak.

Kepentingan kesihatan lebih penting daripada mana-mana individu,” katanya.