Program subsidi petrol bersasar dimansuh

0
2

PARLIMEN | Kerajaan membuat keputusan untuk tidak melanjutkan program subsidi petrol (PSP) bersasar yang dicadangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu.

Memetik laporan MalaysiaKini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata pihaknya telah mempertimbangkan beberapa faktor termasuk perbezaan harga petrol antara semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Kementerian kami dan Kementerian Kewangan (MoF) telah bersetuju untuk tidak melaksanakan program itu.

“Keputusan dibuat pada 9 Julai lalu semasa pertemuan antara kementerian ini dengan Kementerian kewangan berdasarkan beberapa alasan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Program berkenaan pertama kali diumumkan pada 7 Oktober 2019 oleh bekas Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Program tesebut diusulkan pada pembentangan Belanjawan 2020 dan kerajaan memperuntukkan RM2.2 bilion untuk tujuan tersebut.