SRC: Situasi di mahkamah masih tenang

0
2

Nilam Oshman

Mahkamah | Keadaan di pekarangan serta luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur masih tenang setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ia selepas mahkamah sebentar tadi memutuskan Datuk Seri Najib Razak bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung penyelewangan RM42 juta wang SRC International Sdn Bhd.

Malah penjarakan sosial diamalkan selepas polis memberi arahan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 kepada orang ramai di luar pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur.

Susulan itu, penyokong bekas Perdana Menteri mulai beredar dan tidak lagi bersesak-sesak di hadapan pintu masuk.

Cuaca panas juga menyebabkan mereka mencari tempat untuk berteduh.

Polis masih memantau dan mengawasi pintu masuk dan keadaan sekeliling.

Ketika ini prosiding bagi pertuduhan lain sedang dijalankan.