KJ tak kenang budi, kata Lokman

0
2

Fitri Nizam

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sebagai tidak mengenang budi.

Lokman berkata demikian dipercayai susulan kenyataan Khairy berhubung keputusan mahkamah terhadap bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga mendakwa Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda Umno menjadi antara punca bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membenci Najib.

“Cubalah ada simpati sikit sesama manusia.

“At least (sekurang-kurangnya) ingat sikit, salah satu punca Mahathir membenci boss lama kau (Najib) ialah sebab angkat musuh politik anak dia, iaitu kau! jadi menteri,” katanya.