Md Rayhan dah kena tahan

0
2

Selepas tiga minggu diburu, lelaki Bangladesh paling dikehendaki di negara ini akhirnya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), hari ini.

Tangkapan Md Rayhan Kabir itu disahkan oleh Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Katanya, lelaki berusia 25 tahun terbabit ditahan petang tadi, lapor Harian Metro.

Sebelum itu gambar tangkapan berkenaan tular di media sosial dan difahamkan lelaki itu bersembunyi di kondominium di Jalan Pahang sebelum dia ditahan.

Md Rayhan menjadi buruan penguat kuasa selepas dia mengkritik kerajaan Malaysia dengan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing yang disiarkan Al Jazeera.