Bekas Panglima TLDM dihadapkan ke mahkamah kes LCS

0
2

BEKAS Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dilaporkan tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pagi tadi dan dijangka berdepan pertuduhan membabitkan kes Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Ahmad Ramli, 78, yang juga bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) tiba kira-kira jam 8 pagi, sebelum masuk mahkamah diiringi ahli keluarga.

Memetik laporan Berita Harian, beliau dijangka berdepan tiga tuduhan pecah amanah membabitkan kes projek LCS milik TLDM.

Difahamkan pertuduhan itu termasuk membabitkan bayaran RM13 juta kepada Setari Holdings Ltd, yang dikatakan dilakukan tanpa mendapat persetujuan Ahli Lembaga Pengarah BNS.

Ahmad Ramli dilantik sebagai Panglima TLDM pada 1996 sebelum bersara wajib pada 1998 selepas berkhidmat selama 35 tahun dalam pasukan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here