Isu LCS berkeutamaan tinggi

0
2

PEMUDA Umno tetap berpendirian tegas agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara segera bertindak mendakwa mereka yang terbabit dalam isu kelewatan menyiapkan enam Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata mereka yang didapati terlibat dalam sebarang salah laku sama ada pecah amanah, menipu, rasuah atau apa jua bentuk penyelewengan perlu didakwa segera.

“Selagi tiada pendakwaan selagi itulah persepsi dan pelbagai naratif fitnah akan terus dicipta dan ditular bagi menjatuhkan seteru politik terutamanya menjelang pilihan raya.

“Isu ini adalah isu berkeutamaan tinggi kerana melibatkan aset-aset pertahanan dan keselamatan negara yang melibatkan wang rakyat yang sudah dibelanjakan sehingga RM6 billion,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, justeru keutamaan harus diberikan untuk pihak SPRM segera menyelesaikan siasatan.

“Jika apa yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menjurus kepada pembuktian bahawa wujud penyelewengan dan salah laku mana-mana individu termasuk berprofil tinggi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here