Mona Allen, Pekin Ibrahim bakal dapat ‘baby boy’ 

0
3

PASANGAN selebriti, Pekin Ibrahim dan Mona Allen mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi. 

Berita gembira itu dikongsikan Mona menerusi video di Instagram (IG) miliknya, hari ini, memaparkan satu majlis bagi mengumumkan jantina anak sulung mereka. 

“Terima kasih kepada semua yang datang. Sayang semua. Dan ya, bayi lelaki. Alhamdulillah,” tulisnya. 

Dalam majlis tersebut, pasangan itu berpakaian sedondon berwarna merah jambu, sambil Mona memegang belon. 

Dia bersama-sama suami yang kelihatan gembira dan bahagia itu kemudiannya meletupkan belon yang mengeluarkan beberapa belon berwarna biru keluar, mengesahkan bayi lelaki. 

Mona mendirikan rumah tangga bersama Pekin pada 7 Disember 2018. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here